Sudokugambit.com - Make extra money online guide | Menarik.com - Internet money making community | Berita.Menarik.com - Berita Menarik Malaysia | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets | Free holiday destinations offer

Media Malaysia

Menarik.com - Internet money making community | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets

Friday, April 17, 2009

Kenapa kita tidak perlu politik?

Adakah anda bertanya diri anda?

Wajarkah aku menjadi wakil rakyat.

Jika saya diajukan pertanyaan di atas saya akan menjawab tidak.

Ini kerana pada pandangan saya lebih banyak masa saya perlukan untuk membuat suatu perkara tanpa diganggu.

Ia memang suatu yang hebat.

Ahli politik mempunyai ramai pengikut dan penentang.

Boleh dikatakan 50% adalah penentang.

Jadi saya tidak akan sanggup untuk menerima penentang.

Banyak cerita seperti di bawah:

Ahli politik di saman.

Ahli politik dibunuh. Terutama orang india.

Ahli politik diugut bunuh. Cina dan Melayu juga ada.

Ahli politik membuat rusuhan.

Banyak lagi yang melibatkan ahli politik.

Jadi jika anda hendak maju dalam bidang yang anda ceburi elakkan politik.

Bukan apa sebab jika anda ada bisnes mungkin orang akan membuat kacau bilau.

Jika anda melihat mereka yang membalas dendam dalam politik iaitu musuh politik juga ramai.

Saya cadangkan anda janganlah terlibat dengan politik apa yang perlu dibuat hanya undi atau jika masuk parti cuma buat kempen sahaja.

Tidaklah ganas.

Politik adalah cara menggantikan pentadbiran raja dan sultan sahaja.

Ia dimasuki oleh mereka yang memang belajar dan berminat dalam arena politik.

Memang politik boleh membuatkan anda dikenali dan anda popular.

Tetapi anda perlukan lebih dari sekuriti dan kelangkapan yang anda perlukan bukan sekadar dari anda tetapi sokongan ramai pihak.

Politik kotor memang terjadi. “Dirty” dalam bahasa inggeris iaitu kotor.

Jika anda ingin menjadi orang yang bersih maka anda perlu elakkan politik. Sebab kuasa anda adalah diri anda. Anda tidak perlu membuatkkan kuasa negara milik anda.

Dari sudut agama saya rasa lebih baik elakkan politik sebab banyak dosa jika anda tidak berpolitik tidak ada siapa yang memusuhi anda.

Maka anda menjadi seorang yang baik. Hidup dunia inginkan kejayaan hingga akhirat masuk syurga.

Sebab jika anda sudah sampai akhirat penyesalan tidak sudah-sudah jika anda perhatikan banyak perkara yang anda tidak faham sehingga pengetahuan tentang Allah SWT anda tinggalkan.

Wajar anda meningkatkan ibadah dan tekun dalam menghadap Allah SWT. Berjihad dijalan Allah SWT lebih baik.

Mungkin politik anda adalah Jihad tetapi ia bukan lawan sesama Islam lagi.

Jadi tiada konflik dalam saudara seIslam dan anda menjadi orang hebat berbanding mereka yang berpolitik sebenarnya tidak hebat dipandang lawannya.

Di tulis oleh buku:Perjuangan manusia untuk masa depan

http://duriyan.com/


Saturday, March 14, 2009

Satu bedilan mengubah segalanya

Satu bedilan mengubah segalanya

Hilter dalam perancangannya untuk membuat kerajaan bawah tanah dengan segala kelengkapan yang hebat di Berlin.

Satu bedilan kedengaran menandakan Hilter tidak dapat meneruskan segala projeknya lagi.

Lantas Hilter terus berjuangan demi untuk menawan dunia.

Andaikata anda tahu bahawa Hilter pada mulanya membuat perancangan rapi untuk menawan dunia dan menjadikan Berlin sebagai tempat utama untuk mereka tadbir dunia ini.

Tetapi apa yang berlaku ialah empayar Hilter tidak mencapai perancangan itu tetapi sudah dibedil oleh bom-bom sehingga banggunan meletup dan kacau bilau berlaku.

Tentera Hilter terus melaksanakan perangnya… menawan banyak negara.

Sudah tentu anda ingin menjadi Hilter untuk membuat perancangan yang rapi tetapi satu ketika ada satu perkara yang anda terlupa.

Ia adalah PERTAHANAN yang lemah membuatkan anda mempunyai kerajaan yang rapuh dan akhirnya kota anda di tawan.

Siapakah yang akan bijak dalam membuat empayar sekarang kerana sejarah ekonomi yang sedang jatuh pada 1998 dan sekarang 2008 adalah satu perkara yang besar di dunia.

Jika anda ingin selamat anda perlu siapkan diri untuk menyimpan rahsia membuat kajian dan menguatkan pertahanan.

Apakah negara kita mempunyai pertahanan yang kuat?

Adakah kuasa besar membuat perancangan untuk menakluk dunia?

Ikhlas dari Penulis buku perjuangan manusia untuk masa depan

Sunday, March 08, 2009

Perjuangan Melayu

Perjuangan Melayu

Kisahnya saya tengah buat penyelidikan dan terbaca satu artikel tentang hilter yang membunuh Yahudi. Tetapi saya risau tentang Melayu yang kian hari perlu membuatkan Melayu tidak sama sekali diperlakukan seperti Yahudi. Ia adalah dari pelbagai pihak untuk memperjuangkan Melayu.

Terkejut, apabila saya menaip perkataan Anti Malay saya jumpa banyak artikel yang masih disebakan. Saya rasa kita patut DELETE dan serverdown semua artikel tersebut. Selain itu kita perlu membuat pemantauan dan membuatkan Melayu tidak lagi dipandang hina oleh masyarakat luar.

Oleh itu ia memang satu yang amat baik jika anda boleh menyebarkan pemikiran ini. Jika satu sahaja penyebaran maklumat menghasut seperti anti melayu maka ia amat susah untuk anak-anak kita sebab ia adalah peperangan terhadap Melayu.

Peperangan terhadap Melayu berlaku di sini:

Southern Thailand and particularly the province of Pattani is the home of the ethnic Malays in Thailand. In the 18th century after the Thais captured the Malay-dominated provinces in the south, the Thai consciously avoided referring to the people as Malays and instead preferring the term Thai Muslim. For the purpose of integration, Malay identity was discouraged by the Thai state. Due to such policy, young Malay fluency in Malay is decreasing. This had led to prejudice against Muslims in general instead of specifically against the Malays.

At present, there are Malay separatists in southern Thailand demanding that the Malay-Muslim dominated provinces are granted independence. This has led to killing done by Muslim terrorist. Indiscriminate arrest of Malays has fueled distrust and resentment against the Thai authority among the locals.

Thaksin had declared a militant law in southern Thailand. Former Prime Minister Thaksin has been blamed for action that lead to an incident at Tak Bai that led to the death of a number of Malays.

Apa yang menyebabkan saya bimbang adalah teori perjuangan Homo Sapiens yang saya ingin bukukan pasti menghasilkan kesan besar sebab manusia tidak boleh berkembang dan maju jika masih tidak memikirkan bahawa spesies manusia perlu maju dan ada spesies lain di luar planet bumi yang maju.

Oleh kerana spesies manusia tidaklah semaju alien di angkasaraya ialah kerana mereka masih bersaing dan menekan antara satu sama lain. Ia sememangnya satu yang amat membimbangkan.

Jika hari ini anda boleh membuat keuntungan dan membesarkan bisnes anda. Satu hari anda lihat anda tidak begitu berjaya dengan modal yang anda ada. Ia mungkin mengurangkan kejayaan dengan keputusan baik yang semakin sempit.

Jika hari ini anda mencari rezki maka anda ada 1000 rezki dan berhasil mendapat keuntungan 100 rezki sehari. Jika anda lihat adakah satu perubahan boleh membuatkan rezki anda hilang. Ia adalah MANIPULASI di pihak tertentu untuk menutup pintu rezki anda.

Ya, ia benar anda tidak lagi berjaya seperti orang dahulu kala tetapi anda setakat CUKUP MAKAN sampai ke hari tua.

Istilah cukup makan memang banyak dalam masyrakat melayu sebab semua orang melayu rata-rata tidak lagi tahu untuk membuat bisnes besar-besar dan hanya tahu untuk makan gaji. Jika bergerak untuk usahawan juga tidak berjaya sebab faktor “Survival” dan tidak pandai bersaing.

Penulis buku perjuangan manusia untuk masa depan

Thursday, December 25, 2008

Kebangkitan Malaysia Zaman Moden

Download Magazine Malay language

Kebangkitan Zaman Moden

This is our exclusive magazine to introduce with new mission and thought.

http://theworldproblems.com/kebangkitan_zaman_moden_theworldproblemsdotcom..pdf

Sunday, October 26, 2008

Senarai Motivator dari Malaysia membantu anda ke arah kejayaan

Senarai Motivator dari Malaysia membantu anda ke arah kejayaan



Dahulu saya ada mengikuti motivasi oleh Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad melalui TV dan internet melalui web beliau laman-map.com

Ini ialah sejarah hidup beliau:
http://www.laman-map.com/korporat/ceo_message/drasmadi.htm


DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Beliau merupakan buku motivasi yang saya beli semasa saya masih di banku sekolah lagi. Ia merupakan sebuah buku yang amat menarik isi kandungnya dan amat

gemar saya dan abang saya membaca.
http://www.drtuah.com/latarbelakang.html



Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

www.fadzilahkamsah.com/


Motivator dari Malaysia ArtikelMotivasi.com Cetuskan minda anda menjadi formula baru dalam motivasi di Malaysia.


About artikel motivasi


Anda boleh menerima email setiap keluaran motivasi berbentuk artikel di sini:
http://www.artikelmotivasi.com/subscribe.html

http://www.artikelmotivasi.com/


Osman Affan adalah seorang Professional Trainer dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau telah mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003.
http://www.osmanaffan.com/kenali.htm

http://www.motivasibelajar.com/about



Semua ini adalah senarai motivasi dari Malaysia yang boleh

membantu anda menuju ke arah kejayaan.

Jangan lupa baca buku-buku mereka semua pasti anda berjaya

suatu hari nanti.

Sumber ArtikelMotivasi.com

Monday, March 26, 2007

Bekal diesel ke Indonesia

MYCORP Oil and Gas Sdn Bhd memperoleh kontrak membekalkan sekurang-kurangnya 250,000 tan diesel setiap bulan ke pelabuhan perikanan di Indonesia mulai bulan depan.

Presidennya, Wan Abdul Rahman Wan Ali, berkata jumlah sebenar yang akan dibekalkan dalam kontrak lima tahun dengan syarikat milik negara Indonesia, iaitu PT (Persero) Perikanan Nusantara itu adalah bergantung kepada permintaan.

Berdasarkan kepada harga semasa diesel di Indonesia iaitu AS$485 setan (AS$1:RM3.45), kontrak itu bernilai pada anggaran AS$121.25 juta sebulan.

“Diesel itu akan dibekalkan kepada 10 pelabuhan perikanan seluruh Indonesia,” katanya pemeteraian kontrak itu di Kuala Lumpur, kelmarin.

Pelabuhan itu ialah Tanjung Uban, Tanjung Periuk, Balik Papan, Shambu, Karimon, Sarong, Surabaya, Balawan, Belitung dan Bali. – Bernama

Ulasan Pasaran: Penstrukturan GLC dorong kenaikan pasaran saham

Oleh Govindan Kaladher

Prestasi Indeks Komposit dijangka terus catat pengukuhan minggu ini

BURSA Malaysia mencatatkan pemulihan kukuh minggu lalu, melepasi paras rintangan psikologi 1,200 pada hari kedua dagangan.

Selain pengukuhan semalaman sebanyak satu peratus di Dow Jones, aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) serta harapan potongan kadar faedah adalah antara faktor pendorong kenaikan itu.

Sentimen positif itu menerima satu lagi dorongan iaitu perubahan dasar yang diumumkan kerajaan merangkumi kelonggaran dagangan tukaran asing, kenaikan had pinjaman dalam mata wang asing dan pemansuhan cukai keuntungan hartanah (RPGT).

Sehubungan itu, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IK) menokok 53.45 mata, atau 4.52 peratus sebelum ditutup Jumaat pada 1,235.65, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 1.78 bilion saham berbanding 1.33 bilion saham minggu sebelumnya.

Tinjauan menunjukkan tiada penunjuk ekonomi utama dijadual untuk dikeluarkan minggu ini.

Bulan ini juga menandakan berakhirnya tempoh penentu yang ditetapkan kerajaan dalam mendapatkan rakan strategik Proton. Setakat ini, harga saham Proton mencerminkan potensi manfaat daripada kerjasama strategik ini.

Lebih penting lagi, kemasukan padu rakan kongsi asing akan menghantar isyarat ke pasaran mengenai usaha kerajaan menyelesaikan pengstrukturan GLC dan memberi keutamaan ke atas nilai komersial melebihi pertimbangan politik.

Saya jangkakan Volkswagen (VW) bakal dipilih menjadi rakan strategik Proton berbanding General Motors (GM) dan syarikat automotif tempatan lain, disebabkan terutama oleh rekod kejayaan VW dalam memulihkan jenama lemah seperti Bugatti, Skoda dan Bentley.

Sebarang keputusan yang memihak kepada pemilihan syarikat automotif tempatan akan memberikan impak negatif terhadap pasaran.

Hala tuju IK minggu ini berkemungkinan dipengaruhi penunjuk ekonomi AS yang akan dikeluarkan minggu ini, termasuk New Home Sales (26 Mac), Conference Board Consumer Sentiment Index and Durable Good Orders (Mac 28), Perbelanjaan Pengguna Persendirian (PCE) dan University of Michigan Confidence Index pada 30 Mac.

Prestasi IK dijangka terus mencatatkan pengukuhan minggu ini. Pelabur dinasihati mengambil peluang pengukuhan ini untuk menyimpan keuntungan berikutan IK berkemungkinan mengalami pembetulan dalam jangka pendek dan sederhana susulan wujudkan pemangkin domestik utama untuk memacu pasaran.

Berikutan projek utama menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 hanya akan dirasai pada separuh kedua tahun ini, kebarangkalian aktiviti ‘memancing’ saham adalah cerah pada April atau Mei. Indeks barometer mencatat prestasi mantap pada tujuh hari berturut-turut, menokok sehingga 4.7 peratus. Di kalangan saham mewah yang mencatatkan keuntungan baru-baru ini, yang mana pelabur sepatutnya keluar ialah DiGi dan Proton.

Kenaikan semula saham AS selepas Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah dan meletakkan nada yang mencadangkan potensi separuh kedua yang lebih lega, insentif cukai bagi pembelian hartanah oleh warga asing dan pengecualian cukai 10 tahun bagi pelaburan di Kawasan Pembangunan Iskandar, membantu saham di Bursa Malaysia mengekalkan rali kenaikan minggu lalu.

Bulan spot Mac pasaran hadapan KLCI diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd menokok 85.5 mata, atau 7.4 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,236.5 atau 0.85 mata premium kepada indeks tunai.

KLCI dibuka Isnin lalu rendah pada 1,182.56, meningkat 10 mata untuk di tutup pada 1,192 sebelum meningkat melebihi paras rintangan psikologi 1,200 keesokan harinya, dipacu kenaikan kukuh semalaman di bursa saham AS dan UK.

Penanda aras itu mengekalkan kenaikan kukuh tiga hari berikutnya, didorong sikap optimistik Rizab Persekutuan AS dalam mengurangkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini, selain insentif kerajaan untuk mempromosikan pelaburan asing langsung di Kawasan Pembangunan Iskandar yang diumumkan pada forum Invest Malaysia 2007. Indeks saham mewah menokok pada 1,237.70 lewat Jumaat, paras tertinggi sejak 27 Februari.

Saham murah juga mencatatkan peningkatan yang mana saham Papan Kedua mencatat pemulihan daripada aktiviti jualan dua minggu. Indek Papan Kedua (SBI) melonjak 3.77 mata, atau empat peratus untuk ditutup minggu lalu pada 97.16, sementara Indeks Komposit Mesdaq (MCI) menokok tambahan 1.36 mata, atau satu peratus kepada 138.19.

Isyarat belian dipacu penanda stochastics harian perlahan bagi KLCI pertengahan minggu, digerakkan kekangan melebihi paras 1,200. Bagaimanapun, stochastics mingguan lega daripada terlebih belian, mencadangkan pembetulan lanjutan pada jangka sederhana. Namun, Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) 14-hari dan 14-minggu bergerak lebih tinggi untuk mencadangkan momentum kenaikan.

Sementara itu, Petunjuk Aliran Pemesongan Pemusatan Purata Pergerakan (MACD) juga mencadangkan isyarat belian pertengahan minggu, mengukuhkan isyarat belian pada petunjuk stochastics harian. MACD mingguan bergerak ke atas selepas menyentuh garis pencetus, menandakan aliran meningkat masih lagi kukuh.

Dengan KLCI sudah menikmati keuntungan tujuh hari berturut-turut dan isyarat belian pada stochastics harian perlahan, yang menuju ke zon terlebih belian, adalah dijangkakan pengambilan untung dan jualan semasa rali berleluasa minggu ini.

Tambahan lagi mentaliti dagangan “jual berdasarkan fakta” bakal mengekang kenaikan.

Halangan semerta KLCI ialah pada paras 1,240, dengan 1,250 (IR) sebagai paras halangan berikutnya. Paras halangan lebih kukuh ialah pada 1,265 (R1), manakala rali ke arah paras puncak 14-tahun 1,285 (R2) pada 26 Februari untuk memacu kenaikan lanjut akan menemui paras siling 1,300 (R3) minggu ini.

Paras sokongan semerta disemak semula kepada 1,220 (IS), dengan sokongan tambahan 30-hari SMA hampir 1,214 dan paras halangan psikologi 1,200 (S1) yang bertindak sebagai paras sokongan lebih kukuh.

Exco cedera 100 belon meletup

Exco cedera 100 belon meletup
Oleh Amin Ridzuan Ishak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Datuk Tang See Hang cedera tangan kanannya terkena gas helium apabila 100 belon meletup ketika merasmikan sukan tahunan Sekolah Rendah Kebangsaan (Jenis) Tamil Rawang, dekat sini semalam.

Kejadian berlaku jam 8.45 pagi ketika beliau melepaskan tembakan sebagai tanda perasmian sukan dan percikan api daripada pistol terkena belon yang berhampiran menyebabkannya pecah dan meletup.

Datuk Tang See Hang menunjukkan
tangan kanannya yang terkena gas
helium apabila 100 belon meletup
ketika merasmikan sukan tahunan
Sekolah Rendah Kebangsaan (Jenis)
Tamil Rawang, semalam. Tang
dirawat di Hospital Selayang.


Gas helium dalam belon itu kemudian terkena tangan kanannya dan sedikit pada kepalanya menyebabkan melecur.

Akibat kejadian itu, Tang dihantar ke Hospital Selayang oleh pemandunya dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan lanjut bagi mengelak jangkitan kuman.

“Doktor menasihatkan saya tinggal di hospital sekurang-kurangnya satu minggu untuk rawatan rapi sebelum boleh menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi di hospital itu petang semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Tang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang berkata, ketika melepaskan tembakan, percikan api pistol terkena belon dan menyebabkan bunyi seperti bom sehingga keadaan menjadi agak kelam-kabut.

“Ia berlaku begitu pantas dan saya hanya mampu berdiri di tengah padang sambil mencekup kepala dengan tangan,” katanya.

“Selepas keadaan agak tenang, barulah tindakan pantas diambil dan saya dibawa pemandu ke Hospital Selayang,” katanya.

Berita Harian difahamkan percikan gas helium menyebabkan tiga yang lain tercedera.

Tang dengan nada bergurau juga berkata, beliau kini boleh berehat agak lama sedikit selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang melawatnya jam 3 petang semalam memberinya cuti sehingga beliau sihat.

“Dr Mohd Khir Toyo menasihatkan saya supaya jangan bekerja dan berehat secukupnya sehingga disahkan pulih sepenuhnya oleh doktor,” katanya.

Tang juga dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Dahalan dan Adun Kuala Kubu, Datuk Ching Toh Eng.

6 firma jualan langsung tipu pengguna disiasat

KPDNHEP terima aduan perniagaan berbentuk skim cepat kaya

PUTRAJAYA: Enam syarikat jualan langsung tempatan yang mempunyai rangkaian antarabangsa, disiasat kerana dipercayai menyalahgunakan lesen untuk mengendalikan perniagaan berbentuk skim cepat kaya.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Iskandar Halim Sulaiman (gambar), berkata semua syarikat itu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati dalang kegiatan berkenaan berpangkalan di luar negara dan taktik mereka ialah melantik syarikat tempatan sebagai ejen mengembangkan perniagaan di negara ini.

“Semua syarikat itu dikesan membuat penipuan dengan mengubah pelan pemasaran asal yang mereka kemukakan ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.

“Bagi mengelirukan orang ramai, mereka menggunakan beberapa produk kesihatan, kad diskaun dan barangan elektrik sebagai perantara bagi melindungi penipuan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Iskandar Halim berkata, kementerian memulakan siasatan selepas menerima aduan pelabur yang curiga dengan tawaran syarikat itu terutama apabila ia menjanjikan pulangan lebih RM50,000 dengan hanya melabur antara RM30 hingga RM200.

“Kita sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membongkar kegiatan syarikat terbabit dan memastikan ia dihentikan bagi mengelak lebih ramai ditipu,” katanya.

Iskandar Halim berkata, sehingga ini, maklumat yang dikumpul mendapati syarikat yang mempunyai jaringan pada peringkat antarabangsa itu turut dianggotai kakitangan awam dan golongan profesional.

Beliau berkata, selain mengembangkan operasi menerusi sesi taklimat dan suai kenal untuk menambah keahlian, syarikat terbabit juga menawarkan pelbagai habuan menarik, sama ada wang tunai atau barangan mewah menerusi internet.

Katanya, operasi perniagaan berteraskan internet itu dibuat bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa dan pada masa sama membolehkan skim berkenaan berkembang lebih pesat tanpa kawalan pihak berkuasa.

“Struktur organisasi syarikat yang lengkap, selain pelan pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat membolehkan syarikat itu mempengaruhi orang ramai dengan lebih mudah.

“Bagaimanapun, beberapa saksi yang disiasat memberitahu hanya lapisan pelabur awal skim berkenaan yang mengaut keuntungan berganda, manakala yang yang terkemudian menyertainya berdepan risiko menanggung rugi,” katanya.

Iskandar Halim berkata, bagi memastikan rantaian skim itu tidak tergendala, sesetengah pengendali skim cepat kaya terbabit menjanjikan pulangan separuh daripada kadar asal kepada pelabur yang tidak dapat menaja ‘downline’.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan nama enam syarikat yang disiasat itu bagi mengelak ia menjejaskan siasatan dan menyebabkan dalang skim cepat kaya berkenaan menghilangkan diri.

Sementara itu katanya, kementerian juga sedang memantau operasi beberapa syarikat yang menyalahgunakan lesen jualan langsung mereka untuk menipu dengan menganjurkan peraduan gores dan menang bagi mengaut keuntungan mudah dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah yang tidak wujud.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan amaran bahawa beberapa skim pelaburan yang dikendalikan menerusi internet, khususnya yang berpangkalan di luar negara, beroperasi secara haram dan menjurus kepada penipuan.

INFO
Taktik penipuan

# Mengubah pelan pemasaran asal ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.

# Mengelirukan orang ramai dengan menggunakan beberapa produk kesihatan, kad diskaun dan barangan elektrik.

# Menjanjikan pulangan lebih RM50,000 dengan hanya melabur antara RM30 hingga RM200.

# Syarikat mempunyai jaringan antarabangsa.

# Operasi perniagaan dibuat menerusi internet bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa.

# Menawarkan pelbagai habuan menarik untuk menarik keahlian.

Friday, October 20, 2006

Ketagihan internet kronik di AS

Ketagihan internet kronik di AS

SAN FRANSISCO: Amerika Syarikat (AS) akan dipenuhi dengan golongan ketagih internet yang kronik seperti penduduk kaki minum, menurut satu kajian.


Penyelidik di Sekolah Perubatan Universiti Stanford berkata, tinjauan menerusi telefon menunjukkan lebih seorang dalam setiap lapan penduduk AS menunjukkan sekurang-kurangnya satu petanda ‘penggunaan internet bermasalah.’

Menurut penyelidik Stanford, penemuan yang disiarkan Selasa lalu menyokong kajian terdahulu.

Paling mengganggu ialah penemuan beberapa pengguna menyembunyikan kegiatan mereka atau melayari internet untuk merawat perasaan tidak tenang dalam cara yang mencerminkan cara kaki minum menggunakan alkohol untuk tujuan sama, kata ketua penulis kajian, Elias Aboujaoude.

“Dalam erti kata lain, mereka menggunakan internet untuk menyembuhkan diri dan jelas, ada sesuatu yang salah apabila orang ramai menyembunyikan kegiatan internet mereka,” katanya. – Agensi

Menurut penyelidikan awal, penagih internet tipikal ialah golongan masih solo, berpendidikan peringkat kolej, lelaki kulit putih dalam lingkungan usia 30-an yang memperuntukkan 30 jam seminggu menggunakan komputer tanpa tujuan penting.

Ketika profil mungkin memberi petunjuk pornografi online ialah akar umbi kepada keasyikan internet, ia cuma secebis persamaan, kata Aboujaoude.

“Pornografi online dan sehingga sesetengah tahap, perjudian secara online mendapat banyak perhatian tetapi pengguna berkemungkinan menggunakan laman web lain termasuk laman sembang, tempat beli belah dan laman web khusus lain.

“Pornografi cuma secebis daripada penggunaan internet keterlaluan,” katanya. — Agensi

-----------------

Adakah di Malaysia mengalami perkara yang sama?