Sudokugambit.com - Make extra money online guide | Menarik.com - Internet money making community | Berita.Menarik.com - Berita Menarik Malaysia | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets | Free holiday destinations offer

Menarik.com - Internet money making community | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets

Saturday, February 25, 2006

Ulama Pakistan tawar RM3.77 juta bunuh pelukis karikatur

Komen:Ini adalah kisah pelukis yang membuat kartun kemudian menyebabkan perselisihan. Selepas kejatuhan ekonomi denmark kerana ramai negara Islam memulaukan barangan mereka.


PESHAWAR: Seorang ulama Pakistan, menawarkan AS$1 juta (RM 3.77 juta) kepada sesiapa yang membunuh pelukis karikatur menghina Nabi Mohammad, ketika berpuluh-puluh ribu mengadakan bantahan ganas yang menyebabkan beberapa orang cedera.

Kelmarin, Imam sebuah masjid di Peshawar, Mohammed Yousaf Qureshi mengumumkan ganjaran RM 3.77 juta kepada sesiapa yang berjaya membunuh kartunis berkenaan.

Qureshi berkata, masjid dan sekolah agama miliknya akan memberikan RM 94,250 dan sebuah kereta manakala sebuah persatuan pemilik kedai emas menawarkan RM 3.77 juta untuk mereka yang membunuh kartunis menghina Nabi itu.

Qureshi tidak menamakan kartunis itu dan kelihatan tidak menyedari wujud 12 orang yang melukis karikatur berkenaan.

Di TRIPOLI, sekurang-kurangnya 10 maut manakala puluhan lagi cedera apabila penunjuk perasaan membakar pejabat konsulat Itali di Benghazi dan kejadian itu adalah yang paling serius sejak tunjuk perasaan membantah karikatur menghina Nabi Muhammad dilancarkan di seluruh dunia.

Sementara itu, di Itali, Menteri Pembaharuan, Roberto Calderoli, meletak jawatan semalam selepas 10 orang terbunuh di Libya dalam bantahan membantah karikatur menghina Nabi.

Menteri itu sebelum ini dikecam hebat kerana memakai baju T yang tertera karikatur menghina Nabi dan aksi beliau dengan baju T itu dirakam stesen televisyen tempatan. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home