Usah biarkan Melayu merempat.
GEORGETOWN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan generasi muda Melayu supaya jangan sekali-kali membiarkan bangsa mereka hidup merempat dan terpinggir di negara sendiri.
"Kita mahu bangsa Melayu hidup selama-lamanya. Hidup jangan merempat dan melarat. Apa ertinya hidup, kalau berada dalam kemiskinan. Untuk mendapat kemajuan dan kejayaan mesti berusaha sepanjang masa. Itulah yang kita mahu lihat," kata Perdana Menteri.
Justeru, beliau mahu generasi yang bakal memimpin negara pada masa depan berusaha gigih, berdisiplin dan bersedia menerima tampuk pemerintahan apabila tiba masanya.
Berucap menyampaikan amanat pada majlis pelancaran Putera Umno Pulau Pinang di Padang Brown di sini, semalam, beliau yang juga Presiden Umno menegaskan, golongan itu mesti bersemangat kental untuk meneruskan perjuangan bangsa.
“Hari ini orang Melayu dihormati kerana berjaya mentadbir parti dan Barisan Nasional (BN).
Oleh itu, orang Melayu mestilah menjadi orang yang dihormati dan dipercayai untuk meneruskan kepemimpinan negara... tidak ada pilihan lain. Itu saja yang dapat mengekalkan peranan kita dalam negara maju," katanya.
Presiden Umno berkata, proses peralihan pemimpin sentiasa berlaku dalam parti dan negara kerana tiada pemimpin yang akan kekal.
Bagaimanapun, tegasnya pengganti mestilah lebih baik daripada pemimpin terdahulu bagi meneruskan perjuangan untuk memastikan bangsa terus terpelihara dan dihormati orang lain.
Sambil mengakui bukan perkara mudah untuk melahirkan pemimpin berkualiti, berpengalaman dan memahami perjuangan, Abdullah berkata, pemimpin sedia ada perlu mendidik dan mengasuh generasi muda.
Pada masa yang sama, katanya, generasi muda juga perlu menyahut perjuangan itu dengan bersungguh-sungguh, bukannya secara sambil lewa.
"Tidak ada (pemimpin) yang menongkat langit, tetapi apa yang penting ada penggantinya. Ranting yang patah akan tumbuh tunas baru, tapi tunas baru mesti kuat dan teguh supaya dapat berteduh," katanya.
Abdullah menjelaskan, sekiranya pengganti tidak mempunyai keupayaan dan pengalaman, perjuangan oleh pemimpin terdahulu tidak dapat diteruskan.
"Kita tidak mahu perjuangan terhenti dan terputus, sebaliknya diteruskan selama-lamanya untuk memartabatkan bangsa," katanya.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 Putera Umno Pulau Pinang, Abdullah turut menyerahkan bendera Putera Umno kepada 13 ketua pemuda bahagian di negeri ini.
Pulau Pinang negeri kedua selepas Kedah melancarkan Putera Umno selepas pelancaran peringkat nasional diadakan di Melaka pada Mac tahun lalu.
Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Umbo, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home