Perbankan internet selamat
Perbankan internet selamat
Oleh Zainab Mohd Yatim
PERSATUAN Bank-Bank Di Malaysia (ABM) memberi jaminan bahawa perbankan internet selamat digunakan kerana semua aspek dari segi teknologi dan keselamatan sudah disediakan.
Pengerusinya, Datuk Abdul Hamidy Abdul Hafiz, berkata bank di negara ini sudah melaksanakan langkah keselamatan yang ketat dalam perbankan internet, setaraf dengan standard antarabangsa.
“Bagaimanapun, tanggungjawab bersama bank dan pelanggan adalah sangat penting dalam menangani isu penipuan membabitkan transaksi secara dalam talian ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Amirsham A Aziz, dan Ketua Eksekutif Citibank Bhd, Piyush Gupta, yang masing-masing anggota majlis ABM.
Abdul Hamidy menegaskan, sebarang kes penipuan membabitkan transaksi secara dalam talian tidak seharusnya menjejaskan keyakinan pengguna, kerana ia adalah kes terpencil, malah tidak ketara dari segi nilainya.
Seperti dilaporkan media, dalam tempoh sembilan bulan lalu berlaku 159 kes penipuan membabitkan perbankan internet, berbanding 12 juta transaksi yang dilaksanakan setiap bulan di Malaysia membabitkan 2.5 juta pengguna.
“Justeru, perbankan internet akan bertahan dan akan terus berkembang dalam tahun-tahun akan datang,” katanya sambil menambah transaksi perbankan Internet meningkat 20 peratus setiap tahun.
Abdul Hamidy berkata, langkah keselamatan yang diambil bank termasuk menyediakan infrastruktur terbaik dan sistem untuk memantau, mengesan, dan mengurangkan risiko yang membabitkan pencerobohan sekuriti laman web perbankan Internet dan mengesan keupayaan bagi pengguna untuk menyemak rekod transaksi perbankan dalam talian.
“Sistem sekuriti perbankan internet bukan saja sejajar tetapi melebihi ketetapan minimum yang ditetapkan Bank Negara Malaysia.
“Ia juga setaraf dengan standard antarabangsa seperti ISO 17799 dan disahkan oleh pakar keselamatan bebas,” katanya .
Beliau juga berkata, sistem keselamatan yang diguna pakai dalam perbankan Internet di Malaysia ketika ini merangkumi perlindungan pelbagai peringkat, seperti ‘firewall’, sistem pengesanan dan perlindungan pencerobohan, peralatan pemantauan rangkaian dan sistem pengesanan penipuan.
Abdul Hamidy juga berkata, ketika ini, beberapa bank telah melaksanakan pengesahan dua-faktor sebagai langkah keselamatan tambahan.
Menjelang 1 Disember ini, semua bank di Malaysia perlu melaksanakan pengesahan seperti ditetapkan Bank Negara, katanya.
Sementara itu, Amirsham berkata, Maybank turut menerima aduan mengenai penyalahgunaan perbankan Internet, tetapi ia adalah kes terpencil, malah setiap kes yang dirujuk ditangani dengan sewajarnya.
Beliau tidak mahu melihat perbankan internet runtuh hanya kerana segelintir kes yang berlaku, yang lazimnya tidak membabitkan kesilapan teknologi, tetapi kesilapan penggunaan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home