Sudokugambit.com - Make extra money online guide | Menarik.com - Internet money making community | Berita.Menarik.com - Berita Menarik Malaysia | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets | Free holiday destinations offer

Media Malaysia

Menarik.com - Internet money making community | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets

Friday, October 20, 2006

Ketagihan internet kronik di AS

Ketagihan internet kronik di AS

SAN FRANSISCO: Amerika Syarikat (AS) akan dipenuhi dengan golongan ketagih internet yang kronik seperti penduduk kaki minum, menurut satu kajian.


Penyelidik di Sekolah Perubatan Universiti Stanford berkata, tinjauan menerusi telefon menunjukkan lebih seorang dalam setiap lapan penduduk AS menunjukkan sekurang-kurangnya satu petanda ‘penggunaan internet bermasalah.’

Menurut penyelidik Stanford, penemuan yang disiarkan Selasa lalu menyokong kajian terdahulu.

Paling mengganggu ialah penemuan beberapa pengguna menyembunyikan kegiatan mereka atau melayari internet untuk merawat perasaan tidak tenang dalam cara yang mencerminkan cara kaki minum menggunakan alkohol untuk tujuan sama, kata ketua penulis kajian, Elias Aboujaoude.

“Dalam erti kata lain, mereka menggunakan internet untuk menyembuhkan diri dan jelas, ada sesuatu yang salah apabila orang ramai menyembunyikan kegiatan internet mereka,” katanya. – Agensi

Menurut penyelidikan awal, penagih internet tipikal ialah golongan masih solo, berpendidikan peringkat kolej, lelaki kulit putih dalam lingkungan usia 30-an yang memperuntukkan 30 jam seminggu menggunakan komputer tanpa tujuan penting.

Ketika profil mungkin memberi petunjuk pornografi online ialah akar umbi kepada keasyikan internet, ia cuma secebis persamaan, kata Aboujaoude.

“Pornografi online dan sehingga sesetengah tahap, perjudian secara online mendapat banyak perhatian tetapi pengguna berkemungkinan menggunakan laman web lain termasuk laman sembang, tempat beli belah dan laman web khusus lain.

“Pornografi cuma secebis daripada penggunaan internet keterlaluan,” katanya. — Agensi

-----------------

Adakah di Malaysia mengalami perkara yang sama?

Friday, October 13, 2006

Perbankan internet selamat

Perbankan internet selamat
Oleh Zainab Mohd Yatim

PERSATUAN Bank-Bank Di Malaysia (ABM) memberi jaminan bahawa perbankan internet selamat digunakan kerana semua aspek dari segi teknologi dan keselamatan sudah disediakan.


Pengerusinya, Datuk Abdul Hamidy Abdul Hafiz, berkata bank di negara ini sudah melaksanakan langkah keselamatan yang ketat dalam perbankan internet, setaraf dengan standard antarabangsa.

“Bagaimanapun, tanggungjawab bersama bank dan pelanggan adalah sangat penting dalam menangani isu penipuan membabitkan transaksi secara dalam talian ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Amirsham A Aziz, dan Ketua Eksekutif Citibank Bhd, Piyush Gupta, yang masing-masing anggota majlis ABM.

Abdul Hamidy menegaskan, sebarang kes penipuan membabitkan transaksi secara dalam talian tidak seharusnya menjejaskan keyakinan pengguna, kerana ia adalah kes terpencil, malah tidak ketara dari segi nilainya.

Seperti dilaporkan media, dalam tempoh sembilan bulan lalu berlaku 159 kes penipuan membabitkan perbankan internet, berbanding 12 juta transaksi yang dilaksanakan setiap bulan di Malaysia membabitkan 2.5 juta pengguna.

“Justeru, perbankan internet akan bertahan dan akan terus berkembang dalam tahun-tahun akan datang,” katanya sambil menambah transaksi perbankan Internet meningkat 20 peratus setiap tahun.

Abdul Hamidy berkata, langkah keselamatan yang diambil bank termasuk menyediakan infrastruktur terbaik dan sistem untuk memantau, mengesan, dan mengurangkan risiko yang membabitkan pencerobohan sekuriti laman web perbankan Internet dan mengesan keupayaan bagi pengguna untuk menyemak rekod transaksi perbankan dalam talian.

“Sistem sekuriti perbankan internet bukan saja sejajar tetapi melebihi ketetapan minimum yang ditetapkan Bank Negara Malaysia.

“Ia juga setaraf dengan standard antarabangsa seperti ISO 17799 dan disahkan oleh pakar keselamatan bebas,” katanya .

Beliau juga berkata, sistem keselamatan yang diguna pakai dalam perbankan Internet di Malaysia ketika ini merangkumi perlindungan pelbagai peringkat, seperti ‘firewall’, sistem pengesanan dan perlindungan pencerobohan, peralatan pemantauan rangkaian dan sistem pengesanan penipuan.

Abdul Hamidy juga berkata, ketika ini, beberapa bank telah melaksanakan pengesahan dua-faktor sebagai langkah keselamatan tambahan.

Menjelang 1 Disember ini, semua bank di Malaysia perlu melaksanakan pengesahan seperti ditetapkan Bank Negara, katanya.

Sementara itu, Amirsham berkata, Maybank turut menerima aduan mengenai penyalahgunaan perbankan Internet, tetapi ia adalah kes terpencil, malah setiap kes yang dirujuk ditangani dengan sewajarnya.

Beliau tidak mahu melihat perbankan internet runtuh hanya kerana segelintir kes yang berlaku, yang lazimnya tidak membabitkan kesilapan teknologi, tetapi kesilapan penggunaan.

Friday, October 06, 2006

Kes tipu: Dua ‘Datuk’ tiada kaitan Swiss Cash

Oleh SOPI SAMAILE

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf hari ini menjelaskan kes penipuan yang membabitkan dua orang Datuk semalam tiada kaitan dengan skim pelaburan Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund.

Katanya, ia melibatkan dana bank Union Swiss yang tiada kaitan dengan pelaburan Swiss Cash.

Swiss Cash ialah satu skim pelaburan luar pesisir yang urusniaganya dilakukan menerusi Internet.

Mengulas lanjut mengenai kes itu, beliau berkata, dua Datuk yang menjadi dalang dana bank Union Swiss melibatkan penipuan berjumlah RM20 juta itu mengugut para pelabur yang telah sedar mereka tertipu akan ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) jika mendedahkan perkara itu kepada polis.

Ini kerana, dua Datuk terbabit mendakwa pelaburan yang mereka jalankan adalah projek kerajaan dan sebab itu pendedahan oleh mana-mana pihak akan menyebabkan mereka ditahan di bawah akta berkenaan.

Disebabkan itu, para pelabur tidak berani untuk melaporkan penipuan yang dilakukan oleh sindiket terbabit malah ada juga yang bimbang sekiranya wang yang telah dilabur ‘hangus’ begitu sahaja sebaik perkara itu dilaporkan kepada polis.

Bagaimanapun beliau berkata, kegiatan sindiket itu mulai terbongkar selepas empat laporan polis dilakukan terhadap dua Datuk tersebut pada September lalu.

‘‘Para pelabur sebelum ini telah dijanjikan oleh sindiket berkenaan bahawa dividen akan dibayar pada November tahun lalu namun sehingga kini satu sen pun tidak dibayar.

‘‘Sindiket itu memberi pelbagai alasan setiap kali diajukan mengenai bayaran dividen sehingga para pelabur tidak tahan lalu membuat laporan polis,’’ katanya pada sidang akbar di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ramli berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan operasinya sejak tahun 2000 dan modus operandi mereka pula ada gaya ala ‘Pak Man Telo’ dengan menjanjikan pulangan lumayan sehingga 35 peratus atau dalam kata lain keuntungan 50 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan.

Selain itu, katanya, sindiket berkenaan mendakwa mereka telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk menguruskan wang kononnya milik kerajaan pada zaman British yang berjumlah trilion ringgit di bank Union Swiss itu untuk dibawa pulang ke negara ini.

Bagaimanapun, syarat untuk membawa pulang wang itu perlu dilakukan oleh individu-individu yang melakukan pelaburan dengan sindiket terbabit kerana urusan menerusi saluran bank tidak diterima.

“Malah, urusan pelaburan sindiket itu juga dalam bentuk tunai kerana untuk mempercepatkan proses pelaburan berbanding dengan penggunaan cek yang terpaksa memakan masa.

“Selepas melakukan penyerahan wang pelaburan, sindiket terbabit akan memberi sebuah buku cek (palsu) kepada pelabur untuk digunakan mengeluarkan dividen kelak,’’ katanya.

Ramli memberitahu, dua Datuk terbabit berjaya ditahan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara sewaktu sedang berurusan dengan mangsanya pada pukul 1 petang malah polis turut merampas wang tunai sebanyak RM325,000.

Menurutnya, pada hari yang sama juga, polis telah menahan beberapa orang yang berkaitan dengan kes itu dengan kesemua yang ditahan berjumlah 18 orang berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun, namun selepas siasatan dilakukan, sembilan daripadanya telah dibebaskan.

“Polis percaya ramai lagi pihak yang telah ditipu sindiket berkenaan dan pihaknya akan membekukan kesemua akaun sembilan suspek di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001,’’ ujarnya.

Difahamkan, dua Datuk terbabit iaitu seorang presiden dan seorang lagi naib presiden sebuah syarikat menggunakan syarikat terbabit untuk mengendalikan kegiatan penipuan itu.

44 investors fleeced of millions of ringgit

By ANDREW SAGAYAM

saggy@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Forty-four people were duped of millions of ringgit by a syndicate operated by Datuks who promised huge returns for a minimum investment in a get-rich-quick scam.

Nine men including three Datuks aged between 40 and 63 were arrested on Monday and remanded until Saturday.

Federal commercial crimes director Commissioner Datuk Ramli Yusuff said the scam was uncovered in the middle of last month when four victims lodged police reports.

The four, said to be a lawyer, a consultant, a technician and the secretary-general of a ministry, claimed that they were cheated of RM16mil.

Comm Ramli urged the remaining 40 victims to come forward. Police are looking for three more syndicate members, all locals in their 30s.

“The Datuks met their victims at five-star hotels after being introduced by runners. The syndicate claimed it had over RM3tril deposited in the Union Bank of Swiss.

“Victims were told to invest RM50,000 to RM75,000 daily for weeks until the cash from Switzerland was transferred to the syndicate's foreign bank accounts here,” Comm Ramli told a press conference at the commercial crimes department headquarters here yesterday.

The syndicate claimed that the cash was public money transferred to the Union Bank of Swiss for safekeeping by the British colonial government before Malaya’s independence.

“The victims were assured of receiving about 35% from the RM3 trillion. To convince the victims, the syndicate forged foreign bank account statements that purportedly showed the large profits the syndicate had made,” said Comm Ramli.