Bekal diesel ke Indonesia
MYCORP Oil and Gas Sdn Bhd memperoleh kontrak membekalkan sekurang-kurangnya 250,000 tan diesel setiap bulan ke pelabuhan perikanan di Indonesia mulai bulan depan.
Presidennya, Wan Abdul Rahman Wan Ali, berkata jumlah sebenar yang akan dibekalkan dalam kontrak lima tahun dengan syarikat milik negara Indonesia, iaitu PT (Persero) Perikanan Nusantara itu adalah bergantung kepada permintaan.
Berdasarkan kepada harga semasa diesel di Indonesia iaitu AS$485 setan (AS$1:RM3.45), kontrak itu bernilai pada anggaran AS$121.25 juta sebulan.
“Diesel itu akan dibekalkan kepada 10 pelabuhan perikanan seluruh Indonesia,” katanya pemeteraian kontrak itu di Kuala Lumpur, kelmarin.
Pelabuhan itu ialah Tanjung Uban, Tanjung Periuk, Balik Papan, Shambu, Karimon, Sarong, Surabaya, Balawan, Belitung dan Bali. – Bernama

0 Comments:
Post a Comment
<< Home