Sudokugambit.com - Make extra money online guide | Menarik.com - Internet money making community | Berita.Menarik.com - Berita Menarik Malaysia | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets | Free holiday destinations offer

Menarik.com - Internet money making community | Adbizzy.com - Pay per click advertising | Macrofinder.com - Finance forex stock exchange | Business-marketings.com- Internet marketing strategy | Techadgets.com- Technology and gadgets

Monday, March 26, 2007

Exco cedera 100 belon meletup

Exco cedera 100 belon meletup
Oleh Amin Ridzuan Ishak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Datuk Tang See Hang cedera tangan kanannya terkena gas helium apabila 100 belon meletup ketika merasmikan sukan tahunan Sekolah Rendah Kebangsaan (Jenis) Tamil Rawang, dekat sini semalam.

Kejadian berlaku jam 8.45 pagi ketika beliau melepaskan tembakan sebagai tanda perasmian sukan dan percikan api daripada pistol terkena belon yang berhampiran menyebabkannya pecah dan meletup.

Datuk Tang See Hang menunjukkan
tangan kanannya yang terkena gas
helium apabila 100 belon meletup
ketika merasmikan sukan tahunan
Sekolah Rendah Kebangsaan (Jenis)
Tamil Rawang, semalam. Tang
dirawat di Hospital Selayang.


Gas helium dalam belon itu kemudian terkena tangan kanannya dan sedikit pada kepalanya menyebabkan melecur.

Akibat kejadian itu, Tang dihantar ke Hospital Selayang oleh pemandunya dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan lanjut bagi mengelak jangkitan kuman.

“Doktor menasihatkan saya tinggal di hospital sekurang-kurangnya satu minggu untuk rawatan rapi sebelum boleh menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi di hospital itu petang semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Tang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang berkata, ketika melepaskan tembakan, percikan api pistol terkena belon dan menyebabkan bunyi seperti bom sehingga keadaan menjadi agak kelam-kabut.

“Ia berlaku begitu pantas dan saya hanya mampu berdiri di tengah padang sambil mencekup kepala dengan tangan,” katanya.

“Selepas keadaan agak tenang, barulah tindakan pantas diambil dan saya dibawa pemandu ke Hospital Selayang,” katanya.

Berita Harian difahamkan percikan gas helium menyebabkan tiga yang lain tercedera.

Tang dengan nada bergurau juga berkata, beliau kini boleh berehat agak lama sedikit selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang melawatnya jam 3 petang semalam memberinya cuti sehingga beliau sihat.

“Dr Mohd Khir Toyo menasihatkan saya supaya jangan bekerja dan berehat secukupnya sehingga disahkan pulih sepenuhnya oleh doktor,” katanya.

Tang juga dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Dahalan dan Adun Kuala Kubu, Datuk Ching Toh Eng.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home